Powered By Blogger

Ahad, 23 Oktober 2011

WE ARE FAMILY…..

Kita berkenalan di alam maya…
Namun kita sudah seperti satu keluarga…
Berkongsi segala suka dan duka bersama-sama…
Tanpa mengira umur,pangkat dan jantina…
Kita berasa seperti disayangi…
Merekalah rakan dan merekalah keluarga kita…
Aku mengagumi kalian semua…
Kita tidak pernah kenal diri masing-masing…
Namun kita bagaikan sudah mempunyai hubungan yang begitu erat…
Bagaikan sudah terjalin ikatan silaturahim yang begitu utuh…
Aku gembira dapat berada di dalam keluarga baru ini…
Sepanjang aku berada di dalam keluarga ini…
Tidak pernah sekali pun aku melihat kalian bergaduh…
Kalian lebih banyak berkongsikan kisah-kisah kalian…
Aku begitu gembira dan terharu dapat megenali kalian semua…
Terima kasih kerana menerima diriku di dalam keluarga ini…
Kebaikan kalian tidak akan dapat ku balas….
Semoga perhubungan kita ini akan terus berkekalan…
Aku doakan semoga kalian sentiasa berada di dalam keadaan yang baik…
Semoga kalian sentiasa di lindungi oleh ALLAH S.W.T…
Semoga kalian sentiasa bergembira berada di dalam kelurga ini…
Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya…
Ku ingin mengucapkan tahniah kepada admin….
Di atas usahanya menubuhkan keluarga ini…
Aku berharap agar kita akan terus meghidupkan keluarga ini….
Jangan sesekali kita mencemarinya…
Kita adalah satu keluarga yang besar…
Susah senang,sakit,sedih kita kongsi bersama-sama…
Kerana WE ARE FAMILY….
Semoga perhubungan kita akan berkekalan…..
Aku sayangkan kalian semua….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan