Powered By Blogger

Ahad, 23 Oktober 2011

SUAMIKU…

Terima kasih di atas segala-galanya…
Terima kasih kerana menerima diriku dalam hidupmu…
Hanya ALLAH yang dapat membalas budimu….
Aku rasakan hidupku sungguh bahagia….
Kau memberikanku segala-galanya…
Kasih sayang yang kau curahkan…
Cinta yang kau berikan…
Kau menemani di kala ku kesepian…
Kau menghiburkan diriku dikala ku kesedihan..
Kau sanggup menerima diriku yang serba kekurangan…
Aku sangat bersyukur ke hadrat ilahi…
Kerana dikurniakan seorang suami yang baik sepertimu…
Kau sering memenuhi setiap permintaanku….
Kau bagaikan malaikat yang hadir didalam kehidupanku…
Kau sentiasa bersabar dengan setiap kerenahku…
Kau sering memaafkan segala kesalahanku…
Kau menatangku bagai minyak yang penuh…
Terima kasih suamiku…
Aku benar-benar menyayangi dirimu…
Walauapapun yang terjadi aku akan tetap setia kepadamu…
Aku akan terus menyemai benih-benih cinta kita…
Aku akan kurniakan untuk mu zuriat yang comel…
Zuriat yang akan menyerikan lagi kehidupan kita…
Penyambung kepada keturunan kita…
Aku berjanji akan mendidik anak-anak kita sebaik mungkin…
Agar mereka akan menjadi anak-anak yang dibanggakan…
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu…
Aku rela menanggung segala kesakitan yang menimpamu…
Hanya kau yang bertahta di hatiku…
Cinta kita adalah cinta yang kekal abadi…
Hanya kematian yang akan dapat memisahkan kita…
Aku akan menantimu di pintu syurga…
Suamiku terima kasih di atas segala-galanya….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan