Powered By Blogger

Jumaat, 30 Mac 2012

~~~ AdAM & HaWa ~~~

jahatkah hawa di mata adam...
jahatkah adam di mata hawa...
kita mempunyai perbagai watak...
dimuka bumi ini kita hanyalah pelakon...
masing-masing membawa watak yang berlainan...
hawa di lahirkan utuk adam...
adam di lahirkan untuk hawa...
adam dan hawa tidak akan boleh dipisahkan...
namun tidak semuanya berjalan dengan baik...
setiap yang  dilakukan pasti akan dikritik...
baik pada adam mahupun pada hawa...
masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat sendiri...
walauapapun yang terjadi mereka tetap akan bersatu...
tiada adam maka tiadalah juga hawa dimuka bumi ini...
adam dan hawa perlu saling menghormati...
mereka haruslah sentiasa hormat menghormati sesama mereka...
hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri adam...
maka hawa memerlukan perlindungan yang baik dari adam...
andai tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan...
maka lemahlah kaum hawa di alam ini...
adam dan hawa hargailah apa yang kalian ada sekarang...
jangan ada penyesalan di kemudian hari...
harta,pangkat,darjat bukanlah kebahagiaan yang sebenar...
adam dan hawa kalian perlu menjalinkan hubungan yang baik...
kerana kalian perlu mengisi kekosongan dalam hidup kalian...
adam memerlukan hawa begitu juga dengan hawa yang memerlukan adam...
semoga kalian berbahagian hidup bersama-sama...

 

~~ IzInKaN AkU PeRgI~~

kehadiranmu begitu berharga bagiku...
kau membawakan sinar kebahagiaan...
aku begitu bahagia berada disampingmu...
kau melayaniku tanpa merasa jemu...
kau memberikan apa yang aku inginkan...
aku tidak sanggup untuk kehilanganmu...
kita berjanji akan sentiasa bersama-sama...
walauapapun yang terjadi kita akan harunginya bersama-saman...
namun apa yang kita rancang tidak semuanya indah...
kasih sayang kita di uji dengan ujian yang begitu besar...
hanya allah yang tahu apa yang kurasakan...
kini kehidupanku tidak lagi seperti dahulu...
tiada lagi gelak tawaku yang kedengaran...
hanya tangisan dan kesuraman yang menemaniku...
kini aku meniti hari-hari yang mendatang dengan hati yang kosong...
namun dia tabah melayani kerenahku...
dia tidak pernah sekalipun menyesal dengan apa yang telah terjadi...
aku pernah memintanya melepaskanku...
aku tidak sanggup melihat dia menjagaku siang dan malam...
aku tahu dia berpura-pura tabah di hadapanku...
aku tahu dia pernah menangis kerana aku...
aku tahu dia tidak sanggup untuk berpisah denganku...
namun permintaanku dibiarkan sepi tanpa jawapan...
aku tahu dia sedih atas apa yang terjadi kepadaku...
aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya...
namun takdir tuhan tidak siapa yang dapat menghalangnya...
abg izinkan aku pergi...
semoga abg tabah menjalani hidup yang mendatang tanpa kehadiranku...
ingatlah bahawa aku sentiasa disisimu walaupon aku sudah tiada lagi...
meninggalkan dirimu adalah sesuatu yang paling menyakitkan...
aku tidak sanggup untuk menghadapinya...
namun kita hanya merancang namun allah yang menentukan...    
ingatlah aku dalam setiap doamu...

Khamis, 29 Mac 2012

~~~ KaU YaNg TeRiNdAh ~~~

kehadiranmu membawa cahaya kegembiraan...
kehadiranmu memberikan sinar kebahagiaan...
kehadiranmu memberikan diriku satu semangat...
semangat untuk aku meneruskan kehidupanku...
disaat aku ingin terjatuh kau datang membantu...
kau memberikan semangat untukku terus berjuang...
kehadiranmu begitu bermakna buat diriku...
kau adalah insan yang di kirimkan oleh-Nya...
andai dirimu tiada mungkin kehidupanku tidak seindah ini...
mugkin diriku kini seperti sebuah boneka hidup...
hidup seperti manusia yang tidak berperasaan...
hidupku sudah tidak bermakna lagi...
seperti pepatah"cinta ini membunuhku"...
cinta telah membunuh kebahagiaanku yang ku kecap selama ini..
cinta telah membuatkan kehidupanku musnah...
kehidupanku yang dahulu bagaikan taman bunga...
kini bagaikan tanah gersang yang suram...
tiada lagi gelak tawa yang hadir dalam hidupku...
hidupku dahulu begitu indah kurasakan dengan adanya cinta...
namun kini semuanya hanyalah kenangan silamku...
ianya benar-benar menyakitkan bagi diriku...
bagiku kini tiada lagi perkataan"CINTA" dalam kamus hidupku...
namun sampai bilakah aku harus begini hidup tanpa cinta...
kehadiranmu memberikan aku sinar yang aku cari selama ini...
kau membangkitkan semangat untukku terus berdiri...
kau membantu aku mencari semula cinta dalam hidupku...
kau telah mewarnai semula kanvas putih di dalam hatiku...
kini kanvas hatiku telah bersinar kembali seperti dahulu...
penuh dihiasi dengan benih-benih cinta yang dikau taburkan...
hanya perlu disiram dengan kasih sayang yang ikhlas...
disemai dengan baja kejujuran dan kesetiaan...
kau adalah anugerah yang terindah yang telah dikurniakan oleh-Nya...
aku bersyukur kehadrat illahi atas kurniaannya ini...
aku berterima kasih kepadamu kerana hadir didalam hidupku...
kau yang terindah...
     












 

Sabtu, 24 Mac 2012

TeRiMa KaSiH CiNtA

dulu hatyku pernah dilukai oleh sidia,
hatyku begitu sakit untuk melaluinya,
namun aku tabah menghadapinya,
padaku ianya dugaan alam percintaan,
walau sesakit mana sekalipon aku harus mengharunginya,
setelah sekian lama dirimu hadir dalam hidupku,
memberikan sinar yang selama ini aku impikan,
kau membawa kecerian di dalam hidupku,
aku bahagia dapat mengenali dirimu,
kini kurasa diriku begitu bahagia sekali,
dirimu menerimaku seadanya tanpa paksaan,
kau melayani diriku seperti seorang puteri,
aku berasa sungguh bahagia dan gembira,
terima kasih kerana hadir dalam hidupku,
walaupun perkenalan kita hanya seketika,
namun aku bisa menyayangimu seperti sudah bertahun mengenalimu,
aku berharap semoga perkenalan kita akan kekal selamanya,
aku tidak sanggup untuk kehilangan dirimu,
aku amat menyayangi dirimu sepertimana aku menyayangi diriku,
dirimu amat berharga bagiku kerana dirimu ibarat nyawaku sendri,
diriku tidaklah secantik puteri kayangan,
namun diriku punya satu haty yang tulus mencintai dan menyayangimu,
aku bukanlah seorang yang memilih siapa pasanganku,
aku sudah cukup bersyukur andai ada yang sudi menyayangi diriku seadanya,
aku tidak punya harta atau wang yang boleh kuberikan,
namun aku akan mengabdikan diriku buatmu andai dirimu bisa menerima diriku,
aku sanggup hidup susah dan senang bersamamu,
aku berharap agar dirimu bahagia bersamaku,
aku sentiasa mendoakn dirimu agar sentiasa dilindungi oleh-Nya,
salam kasih salam sayang salam cinta dan salam penuh ingatan buatmu

DiRiKu DiPeRbODoHkAn

kau hadir dalam hidupku tanpa diduga,
kau menyerikan hidupku yang kian sepi,
kau memberikan aku harapan untuk kembali ceria,
kau hadir memberikan diriku cahaya kebahagiaan,
kau meluahkan hasrat hatyu yang membuatkan diriku terkedu,
dirimu ingin menyunting diriku menjadi permaisuri hidupmu,
aku merasakan hidupku bagaikan di awang-awangan,
kau menerima diriku dengan ikhlas,
aku merasakan diriku tidak layak untuk menjadi penyeri hidupmu,
namun dirimu merayu padaku dan menerima diriku seadanya,
aku merasa sungguh terharu dengan keikhlasan hatymu,
aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran darimu,
namun bak pepatah kusangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tenghari,
kau memungkiri janji-janji yang telah engkau taburkan padaku,
kau meninggalkan diriku setelah kau menemui cinta yang baru,
kau mempermainkan haty dan perasaanku,
kau menghina diriku yang serba kekurangan,
mengapa dirimu berubah dalam waktu yang singkat,
apa salah diriku terhadao dirimu,
kau membuat keputusan seperti orang yang tidak berakal,
diriku bukanlah boneka yang boleh dirimu permainkan sesuka haty,
aku juga punya haty dan perasaan aku bukan boneka,
kau menghancurkan hatyku dengan janji-janji palsumu,
mengapa diriku diperlakukan sedemikian rupa,
begitu hinakah diriku pada pandanngan matamu,
aku hanyalah seorang insan yang menginginkan kebahagian,
salahkah diriku inginkan kebahagiaan dari seorang lelaki,
tidak layakkah untukku menerima semua itu,
namun aku redha dengan semua yang terjadi kepadaku,
aku mendoakan agar dirimu bahagian disamping orang tersayang,
salam sayang salam kasih salam cinta dan salam penuh ingatan dariku buatmu

Jumaat, 27 Januari 2012

MENGAPA DIRIKU…

Dulu diriku hanyalah hamba baginya…
Dulu aku diperlukan untuk kepentingan dirinya…
Dulu aku bukanlah permaisuri dalam hidupnya…
Dulu aku perlu bekerja untuk mencari duit…
Dulu maki hamun dan cercaan adalah makananku…
Dulu setiap minggu aku perlu serahkan gajiku kepadanya…
Walaupun kami dipisahkan dengan beribu batu…
Aku tetap dapat hidu kecurangannya…
Dia mempunyai insan lain selain dari diriku…
Akhirnya aku membuat keputusan untuk berpisah…
Adakah ini kehidupanku…
Mengapa aku sering kecundang dalam percintaan…
Apakah aku tidak cukup setia dalam percintaan…
Apakah tidak cukup pengorbanan yang telah aku lakukan…
Sudah sering kali aku bekorban demi cintaku…
Tetapi hasilnya tetap juga begini…
Aku dipermainkan…
Aku dipergunakan…
Aku diperbodohkan…
Apakah aku tidak layak untuk memiliki cinta…
Aku juga ingin disayangi dan menyayangi…
Aku juga ingin merasa nikmatnya bercinta…
Tetapi mengapa cintaku sering saja dipersiakan…
Apakah anganku terlalu tinggi…
Aku hanya inginkan kasih sayang yang ikhlas…
Sampai kapan aku perlu menunggu…
Akan wujudkah cinta sejati dalam hidupku…
Adakah orang yang akan mencintai aku dengan ikhlas…
Tidak lagi mempergunakan diriku untuk kepentingannya…
Aku akan terus setia menunggu…
Menantikan kehadiranya di dalam hidupku…
Cinta sejati yang bakal hadir menceriakan hidupku…


DIMANAKAH CINTA…


Benarkah cinta itu wujud…
Bagaimanakah rasanya nikmat bercinta…
Kepada siapakah cinta itu dilafazkan…
Allah,kekasih,teman,adik,kakak,ibu bapa,abg…
Namun bagaimanakah ianya berputik…
Apakah yang di perlukan untuk melahirkan rasa cinta…
Perlukah kejujuran dan kesetiaan dalam percintaan…
Perlukah kasih sayang dan cemburu dalam percintaan…
Adakah cinta itu menyakitkan…
Cinta yang bagaimanakah yang akan membawa kebahagian…
Dimanakah cinta boleh ku capai…
Bagaimanakah cinta itu akan hadir dalam diriku…
Adakah dengan hanya pandangan pertama…
Adakah dengan sentuhan dan belaian manja…
Adakah dengan ungkapan puitis dari seseorang…
Perlukah aku membayarnya dengan harta…
Dimanakah aku boleh mencari cinta…
Begitu pentingkah cinta dalam kehidupan kita…
Apakah yang akan terjadi kepada kehidupan tanpa cinta…
Berbagai soalan yang bermain dimindaku…
Perasaan ingin tahu begitu menggunung di dada…
Kepada siapakah aku harus bertanya…
Mahukah mereka menjawab setiap pertanyaanku…
Apakah yang di maksudkan dengan cinta…
Begitu indahkah cinta…
Layakah diriku untuk bercinta…
Dengan siapakah aku ingin bercinta…
Hatiku begitu kosong dengan cinta…
Begitu daifkah aku tentang cinta…
Kepada siapakah harus aku meluahkan keresahan ini…
Dengan siapakah harus aku berkongsi segala kekusutan ini…
Adakah segala persoalan ku ini hanya akan tinggal soalan…
Atau ada insan yang ingin berkongsi sesuatu denganku…
Dimanakah cinta…