Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

MENGAPA DIRIKU…

Dulu diriku hanyalah hamba baginya…
Dulu aku diperlukan untuk kepentingan dirinya…
Dulu aku bukanlah permaisuri dalam hidupnya…
Dulu aku perlu bekerja untuk mencari duit…
Dulu maki hamun dan cercaan adalah makananku…
Dulu setiap minggu aku perlu serahkan gajiku kepadanya…
Walaupun kami dipisahkan dengan beribu batu…
Aku tetap dapat hidu kecurangannya…
Dia mempunyai insan lain selain dari diriku…
Akhirnya aku membuat keputusan untuk berpisah…
Adakah ini kehidupanku…
Mengapa aku sering kecundang dalam percintaan…
Apakah aku tidak cukup setia dalam percintaan…
Apakah tidak cukup pengorbanan yang telah aku lakukan…
Sudah sering kali aku bekorban demi cintaku…
Tetapi hasilnya tetap juga begini…
Aku dipermainkan…
Aku dipergunakan…
Aku diperbodohkan…
Apakah aku tidak layak untuk memiliki cinta…
Aku juga ingin disayangi dan menyayangi…
Aku juga ingin merasa nikmatnya bercinta…
Tetapi mengapa cintaku sering saja dipersiakan…
Apakah anganku terlalu tinggi…
Aku hanya inginkan kasih sayang yang ikhlas…
Sampai kapan aku perlu menunggu…
Akan wujudkah cinta sejati dalam hidupku…
Adakah orang yang akan mencintai aku dengan ikhlas…
Tidak lagi mempergunakan diriku untuk kepentingannya…
Aku akan terus setia menunggu…
Menantikan kehadiranya di dalam hidupku…
Cinta sejati yang bakal hadir menceriakan hidupku…


DIMANAKAH CINTA…


Benarkah cinta itu wujud…
Bagaimanakah rasanya nikmat bercinta…
Kepada siapakah cinta itu dilafazkan…
Allah,kekasih,teman,adik,kakak,ibu bapa,abg…
Namun bagaimanakah ianya berputik…
Apakah yang di perlukan untuk melahirkan rasa cinta…
Perlukah kejujuran dan kesetiaan dalam percintaan…
Perlukah kasih sayang dan cemburu dalam percintaan…
Adakah cinta itu menyakitkan…
Cinta yang bagaimanakah yang akan membawa kebahagian…
Dimanakah cinta boleh ku capai…
Bagaimanakah cinta itu akan hadir dalam diriku…
Adakah dengan hanya pandangan pertama…
Adakah dengan sentuhan dan belaian manja…
Adakah dengan ungkapan puitis dari seseorang…
Perlukah aku membayarnya dengan harta…
Dimanakah aku boleh mencari cinta…
Begitu pentingkah cinta dalam kehidupan kita…
Apakah yang akan terjadi kepada kehidupan tanpa cinta…
Berbagai soalan yang bermain dimindaku…
Perasaan ingin tahu begitu menggunung di dada…
Kepada siapakah aku harus bertanya…
Mahukah mereka menjawab setiap pertanyaanku…
Apakah yang di maksudkan dengan cinta…
Begitu indahkah cinta…
Layakah diriku untuk bercinta…
Dengan siapakah aku ingin bercinta…
Hatiku begitu kosong dengan cinta…
Begitu daifkah aku tentang cinta…
Kepada siapakah harus aku meluahkan keresahan ini…
Dengan siapakah harus aku berkongsi segala kekusutan ini…
Adakah segala persoalan ku ini hanya akan tinggal soalan…
Atau ada insan yang ingin berkongsi sesuatu denganku…
Dimanakah cinta…


ADAKAH SI DIA…

Perkenalanku dengan si dia bermula di alam maya…
Dulu aku sering membaca ucapan si dia…
Tapi aku tidak pula merasai apa-apa…
Si dia bagiku hanyalah teman di alam maya…
Namun kini si dia ingin mengenali diriku…
Apakah aku perlu mengenalinya…
Apakah si dia ikhlas ingin mengenaliku…
Perlukah aku memberinya peluang…
Hatiku ingin mengenalinya…
Namun hatiku juga takut ingin mengenalinya…
Takut hatiku ini dipermainkan…
Tak kenal maka tak cinta…
Aku memberanikan diri untuk mengenali si dia…
Pertama kali berbicara dengan si dia…
Ku rasakan bagaikan sudah bertahun mengenalinya…
Perbualan yang penuh dengan keceriaan…
Sepertinya bukan pertama kali berbicara…
Suaranya begitu merdu di pendengaranku…
Namun aku tidak ingin terlalu mengharap…
Aku takut diriku tidak sesuai bersamanya…
Siapalah diriku ini ingin mengharapkan cintanya…
Aku ikhlas ingin mengenali si dia..
Ya allah bantulah hambamu ini…
Kau restuilah perhubungan ini…
Kau kuatkanlah hatiku ini…
Kau bukakanlah pintu hatiku ini…
Buka pintu hatiku untuk kembali mengenali cinta…
Pertemukanlah aku dengan si dia yang ikhlas mencintaiku…
Semoga segala usahaku tidak di sia-siakan…
Semoga perkenalan aku dengan si dia direstui…

SEPI TANPA CINTA…

Hidup tanpa cinta begitu sepi kurasakan…
Jiwaku terasa begitu kosong…
Bagai bulan tanpa bintang disisi…
Begitu sunyi kurasakan tika ini…
Bagaikan ada kekurangan dalam hidupku…
Tiada teman yang menghiburkan hati…
Tiada rasa cinta yang dapat diluahkan…
Kurasakan seperti tiada yang sudi menyayangi diriku…
Atau aku yang terlalu memilih paras rupa…
Atau hatiku telah tertutup untuk bercinta lagi…
Pengalaman lalu mengajarku ertinya cinta…
Aku terlalu mudah menerima cinta seseorang…
Sering dipermainkan oleh cinta…
Sehinggakan aku sudah muak untuk bercinta lagi…
Hatiku terasa begitu sakit bila memikirkannya…
Tapi kini aku terasa sunyi tanpa cinta…
Hidupku begitu bosan kurasakan…
Tiada teman untuk bersms…
Tiada teman untuk melayan kerenahku…
Namun aku takut untuk memiliki cinta lagi…
Takut untuk terluka lagi…
Namun apa yang harus aku lakukan ketika ini…
Cemburukan bulan dan bintang…
Pasangan yang paling setia…
Hanya mereka peneman malamku yang sepi…
Setia mendengar keluhan hatiku…
Bagaikan pungguk yang rindukan rembulan…
Iri hati melihat teman-teman bersama pasangan mereka…
Pernah aku terfikir siapakah pasangan hidupku…
Bagaimanakah gerangan si dia…
Jujurkah cintanya terhadap diriku…
Ya allah pertemukanlah diriku dengan cinta yang sejati…
Cinta yang akan membahagiakan diriku ini…
Semoga diriku tidak lagi sepi tanpa cinta…