Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

PELUANG KE-2…

Dulu hatiku pernah kau sakiti…
Kesetianku kau permainkan…
Kau curang dalam cintamu…
Aku setia pada cinta kita walaupun berjauhan…
Namun kau permainkan hatiku…
Aku hanya tempat untuk kau mengaut kesenangan…
Aku dijadikan bank negaramu..
Aku perlu bekerja untuk memberi nafkah kepadamu…
Apakah aku begitu bodoh…
Membiarkan diriku dipermainkan sebegitu olehnya…
Adakah kerana sayangku terhadapnya membutakan mataku…
Kini setahun sudah berlalu…
Dikau kembali dalam hidupku…
Menagih kasihku buat kali ke-2…
Perlukah aku memberikan peluang ke-2 itu…
Hatiku begitu lemah dan mudah mengasihani…
Dirimu diberikan peluang keemasan itu…
Dirimu terlalu banyak berubah berbanding dahulu…
Aku agak kagum dengan perubahan dirimu…
Namun ia masih belum membuka hatiku…
Aku kini bukan lagi diriku yang dahulu…
Mudah menerima cinta dengan mudahnya…
Hatiku kini begitu keras untuk menerima cinta lagi…
Aku kini sudah mula berhati-hati dalam menerima cinta…
Aku tidak lagi boleh menerima dirimu dengan senang…
Kau pernah mendustai cintaku yang dahulu…
Dengan mudah kau memperolehi cintaku dahulu…
Namun kau telah mempermainkan cintaku…
Kini sekali lagi dirimu mempermainkan hatiku…
Setelah aku memberikan peluang yang ke-2 kepadamu…
Namun aku bersyukur kerana tidak menerimamu dengan sepenuhnya…
Dirimu masih dalam perhatianku…
Dirimu masih diuji…
Akhirnya terbongkar jua segala pendustaanmu terhadapku…
Dia masih wanita yang dahulu…
Dia wanita yang sama semasa dirimu curang terhadap cintaku…
Terima kasih kerana mensia-siakan peluang ke-2 ini…
Dirimu tidak pernah bersyukur dengan peluang yang telah diberikan…
Aku pernah memberi amaran kepadamu…
Jangan mensia-siakan peluang yang ke-2 ini…
Ianya tidak akan selalu datang dengan mudahnya…
Jika dirimu mempersiakannya ia tidak akan ada peluang yang ke-3…
Aku doakan semoga dirimu berbahagia dengan si dia…
Terima kasih diatas semuanya…
Terima kasih kerana mempermainkan hatiku buat kali yang ke-2…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan