Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

DOLPHIN DAN BINTANG…

Aku adalah dolphin…
Dia adalah bintang…
Kami sering bersama walau kemana sahaja…
Dia tidak pernah jemu menemaniku…
Walaupun berjauhan tetapi kami setia bersama…
Dia tidak pernah merungut tentang diriku…
Melayan kerenahku dengan senyuman…
Aku bahagia bersamanya…
Namun siapakah dia bintangku…
Bintang pujaanku yang ku cari selama ini…
Wujudkah dia di alam maya ini…
Adakah dia seperti yang aku sangkakan…
Atau anganku terlalu menggunung…
Mengharap bintang yang tidak pernah wujud…
Namun hatiku masih setia menunggu…
Berenang merentasi segenap benua mencari bintang pujaan…
Walaupun ditemani dengan berjuta bintang di langit…
Namun aku masih mencari bintang pujaanku…
Akan kucari walau perlu merentas lautan atlantik…
Aku hanyalah seekor dolphin yang lemah…
Diriku sering dipersendakan oleh teman-teman…
Layakkah aku untuk memiliki cinta…
Aku sering bersendirian di sebalik batu-batu lautan…
Mengenangkan nasib diriku ini…
Menangis bersendirian tanpa teman di sisi…
Namun aku masih ditemani bintang-bintang di langit…
Merekalah teman ku yang setia…
Walaupun mereka bukanlah bintang pujaanku…
Namun mereka menjadi teman dan pendengar yang setia…
Aku yakin akan kewujudan bintang pujaanku…
Mungkin masanya belum tiba untuk dia muncul…
Aku kan terus setia menanti dirinya…
Dolphin akan terus berenang di lautan luas…
Terus berenang dengan satu tujuan yang nyata…
Matlamat utama dolphin perlu dilaksanakan…
Berjuang mencari apa yang di hajati…
Dolphin perlu berkorban demi mencari cinta sejatinya…
Dolphin dan bintang adalah pasangan yang paling serasi…
Setia bersama walau di mana jua mereka berada…
Suka duka mereka lalui bersama-sama…
Hidup dengan bahagian buat selama-lamanya…
Tiada lagi yang akan dapat memisahkan mereka…
Inilah matlamat utama dolphin mencari bintang…
Untuk mengisi kekosongan hidupnya…
Dan mencari kebahagiaan yang kekal abadi buat selamanya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan