Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

AKU BUKAN BONEKA…

Aku bukan boneka…
Aku hanyalah insan biasa…
Aku juga punyai hati dan perasaan…
Aku tahu tentang diriku…
Aku tidak secantik bidadari kayangan…
Tubuhku tidak secantik model…
Namun aku bukan boneka mainan…
Aku sering dipermainkan cinta…
Aku sukar untuk di cintai…
Bentuk tubuhku menjadi ukuran cinta…
Benarkah orang sepertiku tidak layak untuk bercinta…
Tidak adakah lelaki yang menginginkanku…
Aku juga ingin merasa disayangi dan menyayangi…
Tetapi kenapa tubuhku menjadi halangan…
Perlukah aku menyalahkan tubuhku…
Orang sepertiku juga pernah bercinta…
Tetapi cinta mereka dipermainkan…
Mereka dijadikan boneka untuk dipersendakan…
Mereka menjadi ejekan rakan-rakan…
Orang sepertiku ada hati untuk bercinta…
Berbadan gempal angan-angan menggunung…
Aku sering menangis apabila mengenangnya…
Adakah cinta akan hadir melalui paras rupa…
Adakah cinta itu mementingkan kecantikan luaran…
Bermaknakah cinta jika hanya cantik pada luaran sahaja…
Adakah cintanya secantik paras rupanya…
Mungkin tidak semua begitu…
Namun merekalah yang sering mempersendakan orang sepertiku…
Merekalah yang sering menjatuhkan maruah orang sepertiku…
Aku dijadikan boneka alam percintaan mereka…
Namun disebalik semua itu ada penyelamatnya…
Ianya tidak seperti apa yang aku fikirkan…
Masih ada lelaki yang sukakan orang sepertiku…
Mereka tidak memandang pada luaran aku…
Mereka ada pendapat mereka yang tersendiri…
Mengapa dan kenapa mereka menyukai orang sepertiku…
Kini aku merasakan diriku tidak lagi dipersiakan…
Namun ianya tetap menjadi igauan bagiku…
Apakah cintanya tulus untukku…
Apakah aku layak untuk terima cintanya…
Bagiku aku masih boneka mainan dunia percintaan…
Bukan mudah bagiku memiliki cinta yang sejati…
Perlukan pengorbanan untuk memilikinya…
Aku akan terus memperjuangkannya…
Mengejar cinta sejatiku…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan