Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

DIMANAKAH CINTA…


Benarkah cinta itu wujud…
Bagaimanakah rasanya nikmat bercinta…
Kepada siapakah cinta itu dilafazkan…
Allah,kekasih,teman,adik,kakak,ibu bapa,abg…
Namun bagaimanakah ianya berputik…
Apakah yang di perlukan untuk melahirkan rasa cinta…
Perlukah kejujuran dan kesetiaan dalam percintaan…
Perlukah kasih sayang dan cemburu dalam percintaan…
Adakah cinta itu menyakitkan…
Cinta yang bagaimanakah yang akan membawa kebahagian…
Dimanakah cinta boleh ku capai…
Bagaimanakah cinta itu akan hadir dalam diriku…
Adakah dengan hanya pandangan pertama…
Adakah dengan sentuhan dan belaian manja…
Adakah dengan ungkapan puitis dari seseorang…
Perlukah aku membayarnya dengan harta…
Dimanakah aku boleh mencari cinta…
Begitu pentingkah cinta dalam kehidupan kita…
Apakah yang akan terjadi kepada kehidupan tanpa cinta…
Berbagai soalan yang bermain dimindaku…
Perasaan ingin tahu begitu menggunung di dada…
Kepada siapakah aku harus bertanya…
Mahukah mereka menjawab setiap pertanyaanku…
Apakah yang di maksudkan dengan cinta…
Begitu indahkah cinta…
Layakah diriku untuk bercinta…
Dengan siapakah aku ingin bercinta…
Hatiku begitu kosong dengan cinta…
Begitu daifkah aku tentang cinta…
Kepada siapakah harus aku meluahkan keresahan ini…
Dengan siapakah harus aku berkongsi segala kekusutan ini…
Adakah segala persoalan ku ini hanya akan tinggal soalan…
Atau ada insan yang ingin berkongsi sesuatu denganku…
Dimanakah cinta…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan